Button Top

Perkhidmatan Tambahan

VFS menawarkan beberapa perkhidmatan pilihan tambahan seperti di bawah:

Perlhidmatan Fotokopi

Terdapat perkhidmatan fotokopi di Pusat Permohonan Visa dengan bayaran sebanyak MYR 1.00 untuk setiap helaian fotokopi.

Perkhdimatan Mengambil Gambar

Pemohon yang menggunakan perkhidmatan ini boleh mengambil gambar mereka di Pusat Permohonan Visa. Ini akan memastikan bahawa gambar-gambar tersebut memenuhi keperluan permohonan visa. Perkhidmatan ini boleh digunakan dengan bayaran tambahan sebanyak MYR 30.00 untuk 4 gambar saiz pasport..

Perkhidmatan Kurier

Pemohon boleh memilih untuk mengembalikan pasport mereka melalui kurier. Pasport anda akan dikembalikan ke pejabat atau alamat rumah anda melalui EMS (Express Mail Service) dengan membayar caj tambahan nominal MYR 40.00 setiap permohonan untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia dan MYR 65.00 setiap permohonan untuk penghantaran di Malaysia Timur

Perkhidmakan SMS – Semak permohonan anda

Kemaskini SMS dan e-mel akan dihantar ke telefon bimbit anda dan alamat e-mel berdaftar anda yang disediakan dalam borang permohonan anda, memaklumkan anda tentang status permohonan visa anda. Anda akan menerima mesej automatik ke telefon mudah alih dan e-mel yang memaklumkan kepada anda tentang tahap pemohonan anda sedang dalam proses.

Pada penghujung proses, anda akan menerima mesej automatik yang memaklumkan kepada anda bahawa keputusan telah dibuat atas permohonan visa anda. Anda tidak akan dimaklumkan tentang hasil keputusan permohonan visa anda, ia hanya akan dimaklumkan kepada anda apabila pasport anda dikembalikan. Anda boleh melanggan perkhidmatan SMS ini untuk MYR 9.00 pada masa yang sama ketika anda menghantar borang permohonan visa anda.

Perkhidmatan Bantuan Melengkap

Perkhidmatan ini menyediakan bantuan kepada pelanggan dalam mengisi borang permohonan visa. Mengisi borang perkhidmatan pengisian melalui kakitangan terlatih kami melalui nombor talian bantuan khusus atau secara langsung di Pusat Permohonan Visa Jerman.

Caj dikenakan adalah MYR 15.00 setiap pemohon. Bayaran perkhidmatan ini akan diambil apabila pemohon mengemukakan permohonan visa sendiri di Pusat Permohonan Visa Jerman.

Untuk memanfaatkan bantuan penyelesaian melalui telefon, hubungi kami di (+603) 2175 0550 dari Isnin - Jumaat 09:00 pagi 15:00 petang.